Thursday, August 26, 2010

Implikasi model terhadap P&P

Pembelajaran secara tidak langsung (non-directive)
 Persekitaran pembelajaran diwujudkan untuk membentuk kesedaran diri dan identiti sejak awal lagi.
 Memberi penekanan kepada individu sebagai insan yang unik dan cabaran untuk membentuk personaliti yang berintergrasi, penuh keyakinan dan kompeten.
 Matlamat : Membantu setiap pelajar bertanggungjawab terhadap perkembangan dan berjaya
 Penting untuk guru membentuk serta menggabungkan aspek intelek dengan emosi demi melahirkan suatu personaliti seimbang.
 Kandungan dan aktiviti tidak dipreskripsi ( ditentukan oleh pelajar apabila bertemu dan berinteraksi dengan guru)
 Guru memainkan peranan untuk membimbing pelajar utama dalam pembelajaran mereka
Pembelajaran secara Synectics
 Guru perlu menekankan suatu pendekatan yang menarik terhadap pembentukan pemikiran kreatif.
 Pelajar menggunakan analogi untuk memahami sesuatu situasi atau membentuk idea baru.
 Guru perlu mengarah pelajar ke dalam dunia yang tidak logik agar memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan kreativiti mereka dalam mendalami masalah ataupun menjanakan idea yang baru.
 Pengajaran di dalam pembelajaran menggunakan kaedah humanistik kerana mengikut arah kendiri yang positif ataupun kebebasan pelajar
 Memupukkan semangat ingin tahu murid untuk mendalami apa yang diajar kelak.
 Siswa menghasilkan suatu produk melalui analogi langsung.
Pembelajaran secara KBKK
 Kemahiran berfikir dalam aktiviti digunakan untuk menggerakkan murid supaya aktif di dalam kelas.
 Strategi pemudahcaraan, strategi pemusatan murid dan bahan serta teknik menyoal merupakan strategi asas yang sering kali digunakan.
 Kaedah dan teknik seperti Kaedah induksi, kaedah deduksi, kaedah inkuiri, kaedah penyelesaian masalah, perbincangan dan sumbangsaran perlu dipertimbangkan
 Kaedah dan teknik digunakan untuk menggerakkan penggunaan kemahiran berfikir, misalnya membanding dan membeza, membuat inferens, membuat generalisasi, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
 Mengadakan perbincangan di antara murid dalam sesuatu kumpulan kecil dengan mempertimbangkan sesuatu idea.
 Menggunakan teknik penyelesaian masalah yang sesuai untuk mencari sesuatu alternatif.
 Membimbing murid supaya memahami dan menentukan tujuan dan objektif tentang sesuatu perkara dalam kajian dengan cara yang tepat.
 Sentiasa membimbing murid meninjau sesuatu idea atau pendapat dari sudut pandangan orang lain.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails