Friday, August 27, 2010

PENGENALAN

Secara umum, model pengajaran boleh dikatakan sebagai satu perihalan persekitaran pembelajaran yang dijadikan panduan untuk merancang kurikulum, kursus, dan unit pengajaran serta menyediakan bahan-bahan pengajaran seperti program multi-media serta pengajaran berbantukan komputer, lembaran-lembaran kerja dan sebagainya. Perihalan sedemikian seelok-eloknya direkabentuk agar bersesuaian dengan pelbagai seting pengajaran dan pembelajaran termasuk sekolah sehingga ke institusi pengajian tinggi.
Juga diubahsuai agar selaras dengan gaya pembelajaran murid-murid serta kehendak kandungan matapelajaran yang berkenaan. Dengan kata lain, model-model pengajran sebenarnya adalah model-model pembelajaran.
Secara umumnya model-model pengajaran boleh dikategorikan kepada empat kumpulan model iaitu : -
a.             Model Pemprosesan Maklumat :
Contoh, perolehan konsep Bruner, Goodnow dan    Austin.
b.             Model Behavioris : Contoh, pengajaran langsung Glaser dan sebagainya.
c.             Model Sosial : Contoh, Siasatan kumpulan Dewey, Sharon et. Al.
d.             Model Personal : Contoh pengajaran bukan mengarah Rogers.

Pengkategorian kepada empat kumpulan diatas dasar bahawa model-model yang terkandung dalam setiap kumpulan model tersebut mempunyai orientasi falsafah dan psikologi yang sama terhadap pengajaran dan pembelajaran serta cara bagaimana manusia belajar.
Dan pada kali ini, tugasan ini hanya akan berfokuskan kepada model pengajaran yang keempat iaitu Model Personal yakni bermula daripada sejarah bermulanya model pengajaran ini sehinggalah kepada implikasinya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.


Antara 1940: 

Pendekatan humanistik Carl Rogers (1902-1987) telah merevolusikan praktis kaunseling dengan cepat. Pendekatan humanistik, kepentingan klien, non-directive kepada individu dapat dilihat dalam tempoh-pendek, lebih berperikemanusiaan, lebih jujur, dan lebih berdikari terhadap klien. Pada awal tahun ini, penerbitan buku Kaunseling dan Psikologi memberi kesan major atas profesion kaunseling (Rogers, 1942). Rogers dan lain-lain dalam pembangunan humanistik kaunseling dan pendidikan telah memberi dorongan besar kepada kaunseling dengan berpindah dari satu orientasi vokasional bimbingan kepada satu yang lebih luas dasarnya. Pendekatan Rogers telah meningkatkan fokus pada kebebasan personal dan autonomi selepas Perang Dunia II (Aubrey, 1977) dan revolusi beliau mempunyai kesan besar atas bidang kaunseling dan psikologi. 

Dengan kedatangan Perang Dunia II, kerajaan Amerika Syarikat memerlukan kaunselor dan psikologis untuk bantu dalam memilih dan melatih tentera dan industri (Ohlsen, 1983). Perang tersebut telah membawa satu pandangan baru terhadap lelaki dan wanita kerana wanita terpaksa bekerja semasa krisis perang dan sumbangan mereka terhadap pekerjaan adalah dalam keadaan baik di Amerika Syarikat. Peranan jantina dalam pekerjaan tradisional mula dipersoalkan dan kebebasan persona juga ditekankan. 

Antara 1950: 

Masa ini memberi kesan yang paling besar atas kaunselor. Pendekatan moralistik beralih kepada humanistik, orientasi non-directive. Peristiwa tersebut secara relatifnya telah mempengaruhi sejarah kaunseling. Perbadanan Keahlian dan Bimbingan Amerika Syarikat (APGA) terbentuk pada tahun 1952 dengan tujuan menyatukan mereka yang berminat dalam bimbingan, kaunseling, dan masalah diri. Ia adalah satu organisasi “berkenaan dengan pendidikan dan bimbingan vokasional serta aktiviti kakitangan lain” (Harold,1985, p.4). APGA adalah organisasi yang menarik berbanding dengan organisasi profesion lain kerana ia tidak menguatkuasakan taraf keahlian (Super, 1955). 
Pembentukan Pembahagian Psikologi Kaunseling (Division 17) pada tahun 1952 adalah sebab ahli-ahli Perbadanan Psikologikal Amerika Syarikat (APA) lebih berminat berkhidmat dengan populasi ‘normal’ daripada perlunya psikologis klinikal (Whiteley, 1984). Super (1955) membezakan antara psikologi kaunseling dengan psikologi klinikal iaitu psikologi kaunseling adalah lebih berkait dengan pertumbuhan dan perkembangan normal manusia dan dipengaruhi oleh vokasional kaunseling dan psikoterapi humanistik.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails