Strategi asas yang sering kali digunakan ialah strategi pemudahcaraan, strategi pemusatan murid dan bahan serta teknik menyoal. Disamping itu, kaedah dan teknik seperti kaedah induksi, kaedah deduksi, kaedah inkuiri, kaedah penyelesaian masalah, perbincangan dan sumbangsaran juga perlu dipertimbangkan. Kaedah dan teknik ini sesuai digunakan untuk menggerakkan penggunaan kemahiran berfikir, misalnya membanding dan membeza, membuat inferens, membuat generalisasi, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Jadual dibawah menunjukkan ringkasan perkaitan KBKK dengan pendekatan, strategi dan teknik, dan alat berfikir.
Kemahiran Berfikir Kritis&Kreatif | Pendekatan | Teknik Utama | Strategi dan Teknik P&P | Alat-alat Berfikir |
1.Membanding dan Membeza | Pendekatan Penyebatian KBKK Sepenuh atau Separa | Membentuk dan Mengurus Penyoalan | -Analisis : ciri-ciri persamaan dan perbezaan -Perbincangan -membuat kesimpulan : kaedah induksi | Pengurusan Grafik, CoRT l : PMI |
2.Membuat inferens | -Perhatian : ciri-ciri maklumat -Perbincangan : pola-pola maklumat -Membuat inferens -Kaedah induksi | Peta Minda, Carta, CoRT l : CAF | ||
3.Membuat generalisasi | -Kaedah induksi -Kaedah deduksi -Kaedah inkuiri | Pengurusan Grafik, CoRT l : CAF | ||
4.Membuat keputusan | -Perbincangan secara kelas atau kumpulan -Kaedah penyelesaian masalah | Pengurusan Grafik, CoRT I : CAF, C&S, FIP, APC, OPV | ||
5.Menyelesaikan masalah |
0 comments:
Post a Comment